KRISTIAN DI BRUNEI
KRISTIAN DI BRUNEI DIPERHATIKAN ?
Shallom dan salam damai didalam nama Tuhan Yesus.Damai sejahtera Kristus Yesus mendahului kamu semua.Sebelum itu,kita bersantap dahulu dengan Firman Tuhan untuk kesegaran jiwa kita...
Jikalau seorang berkata : "AKu mengasihi Allah,dan ia membenci saudaranya,maka ia adalah seorang pendusta,kerana barangsiapa tidak mengasihi saudaranya yang dilihatnya,tidak mungkin mengasihi Allah yang dilihatnya.dan perintah in kita terima dari Dia: Barangsiapa mengasihi Allah,ia harus juga mengasihi saudaranya.( 1 Yohanes :4:20 )
Saya harus memberikan satu pedoman untuk diri saya sendiri,sebelum memulakan cerita ini.Setiap hari,setiap minggu,setiap bulan,setiap tahun,orang - orang yang percaya kepada Tuhan Yesus berkumpul didalam satu tempat yang dinamakan GERAJA untuk membuat perkongsian atau sharing peribadi,meluahkan masalah dan berharap supaya kumpulan didalam satu geraja itu dapat dan saling mendoakan di antara satu sama lain dan terus menerus hidup sebagai orang yang bebas yang dapat melepaskan diri daripada ikatan dosa-dosa dunia,dan ianya seperti burung yang terbang bebas yang baru keluar dari sangkar.
Didalam persekutuan geraja itu akan hidup sebagai rukun didalam iman,pengharapan dan cintakasih yang berasal dari Allah dam bukan dari manusia.Orang Percaya kepada Tuhan Yesus terutamanya di Brunei seringkali mengeluh kerana tidak dapat membuat penginjilan secara terang-terangan.Apa yang telah menjadi masalah sekarang?Ini amat bertentangan sekali dengan firman Tuhan yang mengatakan "
" Yesus mendekati mereka dan berkata: " Kepada - Ku telah diberikan segala kuasa disyurga dan di Bumi.Kerana itu pergilah,jadikanlah semua bangsa murid - Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa,Putera dan Roh Kudus,dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah - Ku perintahkan kepadamu.dan ketahuilah,Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman." ( Matius : 28: 18 - 20 )
Sesudah Ia mengatakan demekian,terangkatlah ia disaksikan oleh mereka,dan awan menutupiNya dari pandangan mereka.Ketika mereka sedang menatap ke langit waktu Ia naik itu,tiba - tiba berdirilah dua orang yang berpakaian putih dekat mereka: "hai orang - orang Galilea , mengapakah kamu berdiri melihat ke langit ?Yesus ini ,yang terangkat ke syurga meninggalkan kamu,akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke syurga." (Kisah Para Rasul :1 : 9 - 11 ),
Sekarang saya harus spreadkan artikel ini dan memberikan komen dari kaca mata dunia.Saya harus membuat sesuatu.Saya inginkan kebebasan dan keadilan.Saya haus dengan keadilan dan kebebasan.Ini bukan Amerika dan jangan samakan kristian Amerika dengan Kristian di Brunei.Lihat sahaja ada orang yang tidak suka dengan orang Kristian di Brunei kerana mereka terfikir akan Amerika,benci dengan Amerika.Kenapa pula saling membenci ?dari mana asalnya komputer?Brand komputer?Adakah dari Brunei ?Bukankah Amerika adalah tempat kelahiran komputer?Dari mana asalnya kapal terbang?Bukankah dari negara barat juga?
Saudara yang terkasih,memang agak mengelirukan sekali.kalau seorang penginjil datang ke Brunei dan membuat penginjilan tentu akan ditangkap oleh pihak berkuasa.Dan kemungkinan akan disumbat didalam penjara ataupun macam - macam cara.Tentu sekali jika ingin memberitakan Injil di Brunei adalah satu kerja yang sangat bodoh,Nak mencari nahas ke ?nak kena tangkap dengan pihak berkuasa ke?Nah mengajar sedikit atau berbicara sedikit dalam nama Tuhan Yesus adalah sesuatu yang mustahil kerana mata-mata sentiasa akan mengawasi pergerakan orang kristian di Brunei,
Ada orang - orang percaya yang seringkali menerima ancaman seperti memasukkan kedalam penjara jika didapati mengajar didalam nama Tuhan Yesus dan menyebarkan ajaran ini dimana-mana tempat kawasan di Brunei.Pergerakan demi pergerakan dipantau dari hari ke sehari dan jika ada perayaan besar seperti krismass atau hari-hari lain yang berkaitan dengan komuniti geraja,tentu yang menjadi perhatian ialah orang kristian.Di sebalik sudut,disebalik corner,di mana-mana tempat yang berdekatan dengan kawasan geraja,dimana orang selalu akan meletakkan kenderaan mereka terutama mereka yang mahu pergi ke geraja atau berada didalam kawasan geraja,jika dilihat sekali,tidak akan ada orang yang mengganggu kereta mereka,tetapi jika dilihat dua kali,teropong akan nampak dengan jelas dan tentu boleh dirakam bila-bila masa dan disimpan sebagai khazanah yang sangat berharga.Yang saya maksudkan ialah kereta yang berada dekat dengan geraja pada masa perayaan akan diguris dengan benda tajam,sehingga kereta yang baru pun akan menjadi tidak elok dipandang mata.
Setiap hari,orang kristian akan merasa dirakam.dilihat,diperhatikan.Setiap hari,pasti ada sahaja yang melihat,seperti Tuhan melihat dimana sahaja mereka berada dan sentiasa mengawasi pergerakan mereka.Dan ada induvidu yang dilantik untuk mengawasi ajaran geraja setiap minggu,samaada bertentangan dengan undang-undang atau tidak,iaitu tidak membawa orang percaya kepada Tuhan Yesus,cukup hanya mengajarkan kebaikan tetapi untuk membawa orang masuk kedalam geraja adalah sesuatu yang mustahil,bagi mereka.Dan ditambah lagi dengan....rakaman SMS atau panggilan telefon samaada dari dalam dan luar negara.Bagi saya tujuannya ialah untuk mengesan PENGGANAS daripada memasuki negara,untuk menjadi penceroboh dan memusnahkan segala-galanya.Pertanyaan saya??Dari manakan asalnya pengganas?Tentu orang yang tidak berpendidikan tentang agama dan bersifat komunis kan !.Dan yang mengejutkan ialah apabila SMS orang kristian diputar belitkan menjadi pra sangka orang yang menerima.Nampaknya SMS telah digunakan untuk memantau penginjilan orang Kristian dan sesiapa yang kedapatan akan disumbatkan ke dalam penjara,dengan bukti yang kukuh.Inilah penderitaan orang kristian di Brunei.Adakah dunia tahu semua ini?Tidak sama sekali.Hanya Tuhan sahaja yang tahu.Ini bukan sesuatu yang baru.Jika hendak membuat aduan,tidak berani,nanti kena tangkap,kerana yang berkuasa akan tetap berkuasa,yang lemah akan tetap menjadi lemah.Kepada siapa lagi mereka membuat aduan ?Kepada Tuhan?Tunggu negara ini akan dilanda banjir?Seperti Tsunami...?Tuhan adil kan !.Tapi bagi saya,adalah mustahil tapi bagi Tuhan,Tidak Mustahil !Penyu tidak pernah naik di atas bukit,tapi kenapa rangka penyu boleh berada di atas bukit dan jauh daripada laut.
Orang yang memang telah dijiwai oleh spirit of love dari Tuhan untuk memberitakan kasih Tuhan itu kepada semua manusia,datang di Brunei untuk menginjil akan ditangkap juga.Dan mereka akan dimasukkan kedalam penjara.Asalkan kristian,akan ditangkap jika melakukan penginjilan di luar geraja dan kalau boleh geraja di Brunei akan ditiadakan sama sekali.Dan orang yang beragama kristian akan disingkirkan daripada mendapatkan pertolongan yang sepatutnya.Tidak akan mendapat pekerjaan jika diketahui terlibat didalam aktiviti keagamaan dan inilah yang menjadi persoalan orang kristian di Brunei.Inginkan kebebasan seperti yang terdapat di Malaysia,dan itu mungkin bukan sesuatu yang mudah bukan !.Keluhan selama bertahun-tahun,akan menyekat kebebasan orang kristian untuk menjadi kristian yang baik.
Dan pernah suatu ketika dulu semasa beberapa orang kristian dari Malaysia melawat di Brunei,hanya untuk melawat sahaja dan apabila melihat identiti mereka,memang terus dikeluarkan daripada memasuki Brunei.Ini adalah satu yang mengelirukan.Jika orang kristian hendak membuat aduan kepada pihak yang lebih berkuasa daripada yang berkuasa,tentu sekatan demi sekatan akan terus dilakukan dan tidak dibenarkan membuat aduan dengan alasan bertentangan dengan undang-undang negara.Dan orang kristian di Brunei yang betul - betuk inginkan keadilan akan terus mengeluh dan menangis dan menangis.Hanya apabila pencen daripada pekerjaan mereka barulah dapat aktif sepenuhnya didalam pelayanan.Sesuatu yang lucu bukan ! tetapi sesuatu yang mengharukan juga berbanding dengan negara jiran kita Malaysia.
Ada orang kristian dari luar negeri,seperti dari Malaysia yang bersekolah di sini,tentu akan dikatakan sebagai sesuatu yang boleh menyekat kebebasan mereka untuk belajar di negeri ini ( Brunei ).Dengan menyebut agama kristian tidak baik,hal ini dilakukan oleh guru-guru Melayu yang mungkin tidka semua terlalu extreme dan kebanyakan pelajar - pelajar kristian mengambil keputusan untuk tidak mahu belajar lagi di negeri ini ( Brunei ).Dan dalam usia yang masih muda,mereka tidak mempunyai pekerjaan,sedangkan ibubapa mereka akan bekerja di Brunei dan tentu merasa sedih dengan keadaan ini dan ada juga yang sanggup menghantar anak - anak mereka kembali belajar di negara mereka sendiri ( Malaysia ) walaupun terpaksa menanggung risiko yang tinggi dari segi masalah hubungan kekeluargaan yang reggang.mereka tidak berani mengadukkan kepada pihak berkuasa yang lebih berkuasa dan akhirnya mereka akan diamkan sahaja,dan dengan penuh penyesalan,mereka akan mengeluh, Tuhan !berikan keadilan kepada kami !."
Sejak peristiwa itu, ( semasa ada agama lain yang dicam sebagai extreme kerana keterlaluan,sehingga cara mereka menganggu ketenteraman penghuni rumah tengah malam jiran sebelah ),semua geraja atau yang berkaitan dengan geraja telah diruntuhkan sejak dari dulu kecuali satu,iaitu yang SATU dan MILIK BERSAMA,yang telah didaftarkan sejak dari dulu.
Seandainya seorang penginjil kristian yang menginjil dari satu rumah,walaupun tanpa diketahui oleh mata-mata,tetapi mata-mata akan pergi ke rumah orang yang pernah dilawati oleh penginjil tadi dan bertanya "Adakah mereka memaksa anda memasuki agama kristian?" Dan seandainya mereka mengatakan "Mereka memaksa !" Maka mata-mata itu akan memastikan penginjil itu ditangkap dan disumbat ke dalam penjara.Tetapi alasan yang paling munasabah ialah orang yang dilawati tadi ialah mereka tidak tahu menahu tentang Tuhan dan tentang agama.Jadi layaklah mereka mengenal Tuhan tetapi apakan daya,seolah-olah berlaku perebutan yang sama sekali tidak bererti.Kalau seandainya orang yang di Injil itu ialah mereka yang sudah ada agama dan mengenal Tuhan,tidak payahlah mengungkit-ungkit tentang hal agama.
Akan tetapi didalam penderitaan itu,mereka tetap hidup sebagai satu komuniti geraja,hidup didalam persatuan walaupun ada sedikit kegoncangan.Mereka hidup didalam sukacita dan tetap menjalankan aktiviti geraja.Dan mereka tidak akan dapat menjalankan aktiviti diluar geraja seperti fellowship secara besar-besaran,tanpa surat bertulis kepada pihak berkuasa.Jika anda pergi ke geraja di Brunei,anda akan melihat bahawa semua ahli geraja terdiri daripada orang luar seperti sabah,sarawak,malaysia,filipina,indonesia dan jarang sekali dapat melihat sejumlah besar orang tempatan yang menyertai pelayanan terutama di Bandar.Kerana dikuatiri kalau mereka kedapatan aktif didalam geraja dan memberitakan Injil Yesus Kristus,kemungkinan mereka akan dipecat atau dibuang kerja.Ini tentu menganggu pendapatan mereka dan bimbang akan anak-anak yang tidak akan dapat dibiaya.Atau jangkaan masa depan,anak-anak mereka tidak akan mendapat pekerjaan atau semua kemudahan akan ditutup untuk mereka.Inilah kekejaman kecil dilakukan di Brunei oleh orang - orang bawahan yang terlalu fanatik.Maafkan saya kerana mendedahkan perkara ini.Tapi saya berada dibawah perlindungan undang-undang.Saya tidak perlu takut jika berada dipihak yang benar.Saya ingin membela dan mencari KEADILAN dan KEBENARAN dan bukan untuk menentang atau berperang.
Saya amat mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar saya di Brunei.Tapi orang mengenepikan bahasa Melayu itu kerana berbangga dengan bahasa Ibunda,yang di agung-agungkan.Bahasa Ibunda Brunei telah pesat berkembang dan kini bahasa itu sendiri bila-bila masa boleh menghancurkan orang kristian di Brunei.Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara tetapi adakah bahawa melayu hanya untuk orang melayu di Brunei?Bagaimana dengan orang yang bukan melayu?Sebab itu memang wajar saya katakan bahawa Bahasa Melayu itu amat saya cintai tapi ternyata bahasa atau perkataan melayu itu sendiri telah membuatkan orang berfikiran bahawa kristian pasti akan ditiadakan di Brunei,kerana semuanya perkataan melayu.Itulah yang berlaku disini.
Penghinaan terhadap kristian di Brunei sudah cukup.Jangan lakukan lagi.Ternyata pengaruh Ahmad Deedat tersebar luar sampai ke Brunei.Apabila ada hari perayaan besar di Bandar Seri Begawan,ada satu sudut yang menjual topi,songkok atau CD yang berkaitan dengan PENDAKWAH dan tersangkut perkataan yang ditulis dalam bentuk blok sedarhana besar dan cantik serta tertulis "ADAKAH YESUS TUHAN ?" PENYALIBAN ATAU PERGESERAN? YESUS AKAN TUHAN?" dan penayangan Video tentang Debat Ahamd Deedat dengan para misionary telah menjadikan orang ramai terpaku seketika.ribuan orang yang pergi ke perayaan itu bukanlah bukanlah jumlah yang sangat sedikit.Orang kristian yang melihat semua itu hanya berdiam diri dan saya pasti didalam hati mereka sentiasa memberkati musuh-musuh yang seperti ini.Baru-baru ini kuburan orang kristian yang ditandai dengang salib semuanya hancur kerana perbuatan orang lain yang tidak bertanggungjawab,analisa saya,bukan orang kristian yang melakukan perbuatan ini.Tetapi mereka yang anti-Kristian di Brunei kerana ajaran yang diterapkan untuk dengan alasan untuk membenci kristian ialah kerana orang kristian ialah kafir dan patut dihukum mati.Tidak lama lagi,Brunei ini akan menjadi tempat untuk sarang penyamun.Itulah ramalan saya sejak akhir-akhir ini.Jangan percaya dengan ramalan saya ini tapi jangan bertanya kepada saya jika ianya benar-benar berlaku.
Jadi,saudara yang terkasih didalam Kasih Tuhan,samaada orang kristian atau bukan,keseimpulan saya di sini ialah tidak mempersalahkan sesiapa kerana suatu hari nanti kita semua manusia akan berhadapan dengan pengadilan.Tuhan akan melihat kita satu persatu,samaada kita benar atau tidak,samaada kita mengamalkan ajaran agama kita masing-masing atau tidak,Tuhan akan tahu semuanya kerana semua manusia didalam dunia ini adalam ciptaan Tuhan,semua kembali kepada Tuhan,bila-bila masa yang Dia mahu.Tuhan hanya mengkhendaki kita supaya hidup rukun dan damai dan hidup didalam kasih dan persaudaraan dengan sesama manusia.
bagi orang kristian di Brunei,atau dimana sahaja,saya sarankan,berdoalah kepada Tuhan setiap hari untuk menguatkan kamu supaya jangan bertindak membalas atau apa yang digunakan sekalipun,jangan sama sekali.Ikutilah undang-undang kerajaan.Mungkin orang-orang bawahan yang terlalu extreme yang menyebabkan kamu tidak diperdulikan,jika cuba-cuba untuk memberitakan Injil di Brunei kerana mereka mahukan negara ini ( Brunei ) bebas dari orang Kristian.
Dukungan doa harus ada di antara satu sama lain.Jangan jadikan seperti di Ambon atau mana-mana tempat yang tidak patut menjadi contoh kepada dunia.Jadilah garam dan terang dunia.Bawalah Cinta Kasih dimana-mana didalam negara kita sendiri.Kiranya damai sejahtera Kristus Yesus menyertai kamu,supaya damai yang ada pada kamu akan mereka rasakan juga dan mereka akan diberkati oleh Tuhan,untuk mendiami negeri ini ( Brunei )perhatikan apa yang Yesus katakan di sini
"Kamu telah mendengar firman: kasihilah sesamamu manusia dan bencilah musuhmu.Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu."( Matius :5:43 )
Hanya saling mengasihi di antara satu sama lain,akan menunjukkan sesuatu kepada negara ini.Apabila kamu tidak melawan,hanya dengan doa,maka Tuhan pasti akan bertindak dengan adil,tepat pada masanya.Dan untuk orang-orang kristian,janganlah menganggu orang yang sudah beragama dan pergilah kepada orang yang belum mengenal Kristus Yesus.Jangan membuat penginjilan sehingga menganggu orang-orang yang sedang tidur nyenyak yang kepenatan dari kerjanya.Jika kamu melakukan perkara ini,itu bukan penginjil namanya.penganggu !.Saya berdoa supaya artikel ini dibaca oleh kawan-kawan yang berada diseluruh pelusuk dunia dan berdoa.
Saya harap jangan ada sakit hari dengan perkataan saya ini.saya siarkan didalam Internet kerana tiada siapa yang perdulikan saya untuk menyiarkan di akhbar tempat kerana dikuatiri akan menimbulkan kerusuhan.Dan siapa yang makan lada itulah yang akan merasa pedas.Tolong maafkan saya.
Datanglah melawat di Brunei untuk melihat tempat-tempat menarik disini.Dan berjalan dengan rawak dan jangan selalu melihat rencana mengenai kehidupan udang didalam air laut.Seandainya anda tidak percaya dengan apa yang berlaku di Brunei,datanglah Ke Brunei dan lawatilah dimana tempat - tempat yang perlu dilawati.Dan datang juga untuk melihat tempat - tempat yang tidak perlu dilawati.Saya berharap penindasan ini akan berakhir dengan DAMAI dan jangan dengan kekerasan.Salam
Artikel ini disalin semula mengikut perkembangan semasa.Artikel ini adalah milik persendirian dan tidak ada kaitan dengan badan atau persatuan atau pertubuhan di Brunei.Dilindungi oleh undang-undang dibawah hak asasi manusia.© All Rights Reserverd
Personal Research by Pemantau
Last Updated 3 January 2000
"